Lembaran Kerja Tunjang Kemanusiaan

Tunjang kemanusiaan :

  
Tunjang kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali dan menghargai diri sendiri , orang di sekeliling , komuniti setempat , alam sekitar , negara Malaysia dan global . Melalui lembaran kerja ini kanak-kanak akan dapat mengenali ahli keluarganya sendiri dengan meneka dan meletakkan jawapan di tempat yang betul .



Lembaran Kerja Tunjang Keterampilan

Tunjang Keterampilan Diri :

Kanak-kanak dapat membezakan emosi antara individu dalam situasi yang tertentu. Kebaikan yang diperoleh adalah kanak-kanak dapat menyatakan jenis-jenis emosi yang ada di lembaran kerja ini.



Lembaran Kerja Tunjang Komunikasi

Tunjang Komunikasi :

anak-kanak dapat belajar tentang suku kata terbuka apabila melakukan lembaran kerja ini. Kebaikan yang diperoleh adalah mereka dapat menyebut perkataan dengan betul.



Lembaran Kerja Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai

Tunjang kerohanian sikap dan nilai:

Kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan huruf hijaiyah dengan melakukan aktiviti ini. Kanak-kanak juga dapat menyebut huruf hijaiyah dengan lancar apabila ditunjukkan huruf tersebut alif, ba, ta, dan sa. Kebaikan lembaran kerja ini kanak-kanak dapat mengenal dan menguasai huruf hijaiyah iaitu huruf al-quran.







Lembaran Kerja Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Fizikal & Estetika :
Kanak-kanak dapat mengenali perbezaan antara makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat. Kebaikan yang dapat diperolehi oleh kanak-kanak apabila melakukan lembaran kerja ini, kanak-kanak akan dapat mengetahui makanan yang baik untuk kesihatan diri mereka.


Lembaran Kerja Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi :

Pada lembaran kerja ini kanak-kanak akan dapat mempelajari tentang bilangan nombor dan juga angka nombor dengan tepat. Selain itu, lembaran kerja ini dapat membantu kanak-kanak dalam fasa permulaan mengira bilangan 1 hingga 10. Seterusnya, kebaikkan yang dapat diperoleh oleh kanak-kanak adalah dalam masa yang sama dapat mempelajari tentang nama gambar rajah yang ditunjukkan.